BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan Rohingya ke Malaysia tujuh tahun lalu.
Menurut Biro Siasatan Pusat, wanita itu dipercayai menjadi ejen yang membekalkan Rohingya untuk bekerja di Malaysia dan telah ditahan di Kanchanaburi pada Isnin selepas tujuh tahun melarikan diri.
"Polis percaya wanita itu bersembunyi di negara jiran selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap pada 2015," katanya.
Wanita itu sudah dihantar ke Bangkok untuk didakwa.
Pada Mei 2015, polis menemukan 139 kubur di 28 kem sementara di Wang Kelian berhampiran sempadan Thailand-Malaysia yang mempunyai kaitan dengan sindiket pemerdagangan orang. Kubur yang sama turut dijumpai di Thailand.
Kebanyakan yang menjadi mangsa sindiket itu berasal dari Myanmar dan Bangladesh.
Polis Thailand telah mengeluarkan waran tangkap kepada 153 individu termasuk pegawai Tentera Thailand dan pegawai tempatan yang didakwa terlibat dalam kes itu.
Seorang bekas jeneral tentera Manas Kongpan bersama dengan pegawai lain dan puluhan warga Thailand telah disabitkan bersalah. Perbicaraan kes ini bermula pada 2015.
Pada 2017 mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun kepada Manas atas beberapa pertuduhan termasuk pemerdagangan orang, penyeludupan pendatang tanpa izin dan jenayah terancang.
Manas meninggal dunia akibat serangan jantung di Medical Correctional Hospital di Bangkok Jun tahun lalu.
Selain Manas, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 78 tahun kepada 62 defendan termasuk bekas datuk bandar sebuah daerah di wilayah selatan Songkhla, Banjong Pongphon.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2022
Sebahagian jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang dijumpai di Wang Kelian, telah dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Kariah Kampung Tualang pada 2015. - Gambar fail/ Bernama
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima das, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Kerajaan komited ke arah pembukaan semula sempadan Wang Kelian - Saifuddin
Kerajaan komited dalam usaha membuka semula Zon Aliran Bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian yang dimansuhkan sejak 2015.
Kastam Perlis tahan pemandu pelancong, rampas 'ganja belacan'
Ismail berkata, suspek turut dibayar RM5,000 untuk tugasan berkenaan oleh sindiket.
Kes pemerdagangan manusia Wang Kelian: Warga Thailand diekstradisi selepas jalani hukuman penjara di Thailand
Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Kubur Wang Kelian: Empat warga Thailand dihadap ke mahkamah esok - Saifuddin
Semua individu itu kini berada di Malaysia berikutan perintah Mahkamah Rayuan Thailand yang memerintahkan mereka diserahkan kepada Malaysia pada 22 Jun 2023.
Penduduk gesa Kerajaan Perlis segera buka Arked Wang Kelian
Penduduk Wang Kelian menggesa kerajaan Perlis segera membuka operasi Arked Niaga Wang Kelian sebagai usaha menghidupkan semula kegiatan ekonomi di pekan sempadan itu.
Warga Thailand didakwa di mahkamah, terlibat kes penyeludupan manusia
Tertuduh didakwa telah menjalankan aktiviti penyeludupan seorang migran warga Myanmar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.
Kuih bakul ubat kerinduan kepada mendiang ibu
Dengan membuat kuih bakul, Chang dapat melepaskan kerinduan terhadap ibunya yang meninggal dunia 10 tahun lepas.
225 rakyat Malaysia terkandas di selatan Thailand dibenarkan pulang
Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, bermula 23 Mac Thailand menutup semua sembilan pintu sempadannya dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Lanjut tempoh operasi ICQS Padang Besar rancakkan aktiviti ekonomi - Exco Perlis
Oleh kerana kedua-dua negara mempunyai sempadan bersama, kesalinghubungan yang kukuh akan meningkatkan usaha ke arah perindustrian dan mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.
Zon aliran bebas di Wang Kelian tidak akan dilaksanakan semula - Muhyiddin
Kerajaan akan menghentikan terus kemudahan keluar masuk di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian yang dilaksanakan sejak 1 April 2015.